About Me

My photo
Johor, Malaysia
I'm just a little bit nice

Friday, June 3, 2011

Vestor IV

Puteri dan Arsa, masing-masing sudah melangkah ke sekolah tinggi. Namun persahabatan mereka semakin renggang. Tidak seakrab dahulu. Mereka sudah jarang menghabiskan masa bersama-sama. Bertegur sapa pun jika ada hal yang penting sahaja. Ketika itu, Puteri mula terasa kehilangan. Dia rindu ingin bersama-sama dengan Arsa yang dahulu, yang ceria dan sentiasa membuatnya tersenyum.

Puteri selalu memerhatikan tingkah laku Arsa. Gelagatnya yang kadang-kala mencuit hati, sedikit sebanyak mengisi kesunyian hatinya. Tanpa Puteri sedari, perbuatannya yang selalu memerhatikan Arsa rupa-rupanya telah diketahui oleh Shahni. Suatu petang, Shahni menegur Puteri yang sedang leka bermain dengan Ku Mel di perkarangan istananya.

''Hai Puteri!''
''Eh, Shahni! Bila ko sampai? Aku tak perasan pun..''
''Yela.. Orang tengah angau kan… Bom atom meletup kat sebelah pun tak perasan…''
''Huh? Angau? Angau ape plak… Ntah pape la ko ni..''
''Angaukan orang tu..''
''Sape? Ko? HA. HA. HA. Lawak..''
''Kalau aku pun bagos. Boleh la aku kawin ngan puteri raja nanti…hahaha,''
''Eeeii… Gatal la ko ni! Aku cubit kang..''
''Eehh.. haha bak kate Arsa, lilek… lilek..''
Serentak itu, air muka Puteri berubah.

''Eh, apsal ni? Aku ade buat salah ke?''
''Tak de lah. Tak de pape.''
''Hmm..Err… ko suka kat Arsa eyh?''
Puteri tersentak. Tiada sebarang kata mampu keluar daripada mulutnya ketika itu untuk menjawab pertanyaan Shahni. Keadaan senyap seketika. Hanya kedengaran ngiauan Ku Mel meminta Puteri mengusap lagi kepalanya yang berbulu lebat itu.

''Puteri, terus terang je la kat aku. Aku selalu nampak ko perhatikan Arsa dari jauh. Tapi tak berani nak tegur dia. Dia pun dah jarang bercakap dengan ko kan? Tak macam dulu, tiap-tiap petang kita main sama-sama…''
''Aku masuk dulu lah. Bye.''
''Eh, eh, Puteri, tunggu, Puteri!''
* * * * * *


Malam itu, Puteri termenung. Fikirannya bercelaru. Dayang Norfi yang sedang menyisir rambutnya menyedari kemuraman wajah Puteri.

''Puteri, mengapa Puteri bermuram durja? Adakah masalah, patik boleh bantu selesaikan?''
''Kalau Puteri beritahu Norfi, Norfi janji tak beritahu Ayahanda?''
''Kalau itu yang Puteri mahu, patik turutkan sahaja,''
''Ermm... Norfi pernah sukakan seseorang tak?''
''Hmm? Adalah dahulu, tapi itu kisah lama. Mengapa Puteri?''
''Kalau  kita sukakan seseorang, perlukah kita luahkan?''
''Kalau patik, patik akan luahkan. Barulah kita tahu perasaan kita berbalas atau tidak dan supaya kita tidak menyesal di kemudian hari,''
''Kalau perasaan kita tidak berbalas, bagaimana pula?''

Dayang Norfi tersenyum.

''Anggaplah itu asam garam kehidupan dan jadikan ia sebagai satu pengalaman. Jangan pula memaksa, kerana cinta dari paksaan itu, bahagianya jauh sekali,''
''Baiklah, terima kasih Norfi..'' Ucap Puteri sambil memeluk erat Dayang Norfi.
''Apa sahaja untuk Puteri kesayangan patik.'' Balas Dayang Norfi sambil mengusap rambut Puteri.
''Jika hati Puteri sudah lega, patik rasa eloklah kiranya Puteri beradu dahulu. Hari pun sudah jauh malam. Puteri pasti penat bermain seharian,''
''Baiklah Norfi. Janji ya jangan beritahu ayahanda. Selamat malam..''
''Selamat malam Puteri,''

No comments:

Post a Comment