"Tahniah Puteri, Puteri dapat keputusan cemerlang!" bisik Sultan Hafi sambil memeluk erat anak kesayangannya itu. Tangisan kegembiraan yang cuba disembunyikan Sultan Hafi dapat juga dilihat oleh Puteri.
Petang itu, Puteri duduk berehat di taman istana sambil ditemani Ku Mel. Bayu petang daripada tasik kecil dihadapannya menyapa wajahnya, lembut, membuat Puteri berfikir sejenak tentang jalan kehidupan yang akan dipilihnya selepas ini.