"Tahniah Puteri, Puteri dapat keputusan cemerlang!" bisik Sultan Hafi sambil memeluk erat anak kesayangannya itu. Tangisan kegembiraan yang cuba disembunyikan Sultan Hafi dapat juga dilihat oleh Puteri.
Petang itu, Puteri duduk berehat di taman istana sambil ditemani Ku Mel. Bayu petang daripada tasik kecil dihadapannya menyapa wajahnya, lembut, membuat Puteri berfikir sejenak tentang jalan kehidupan yang akan dipilihnya selepas ini.
"Puteri!" Sapaan mesra itu mengukir senyuman di bibir Puteri. Tanpa perlu menoleh, dia tahu itu adalah suara Shahni. Shahni perlahan-lahan duduk di sebelah Puteri.
"Cantik kan taman ni?" Shahni bersuara. Puteri hanya mengangguk setuju.
"Lagi cantik kalau Puterinya ada kat sini," sambung Shahni. Puteri menjeling sinis kearah Shahni.
"Tak payah la nak perli aku kan," balas Puteri.
"Haha.. Aku puji pun kau nak marah. Susah la macam ni..."
"Apa yang susahnya?"
"Tak da apa-apa lah," jawab Shahni.
Ku Mel yang tadinya duduk diam di sebelah Puteri mula berlari-lari kesana kemari, bermain dengan bunga-bunga yang tumbuh di sekitar tasik itu.
"Tahniah," tiba-tiba Shahni bersuara.
"Hmm?"
"Sebab kau dapat keputusan cemerlang Peperiksaan Akhir hari tu,"
"Terima kasih. Kau pun sama, tahniah," balas Puteri. Shahni hanya tersenyum.
"Puteri, kalau aku tanya sesuatu, kau marah tak?"
"Tanya apa? Bergantung lah apa yang kau tanya."
"Hmm... Kau masih suka pada Arsa lagi ke?" soal Shahni. Puteri tergelak kecil.
"Kenapa tiba-tiba kau tanya soalan tu pada aku?"
"Tak ada apa-apa. Aku saje nak tahu perkembangan kau denga dia,"
"Kau pun tahu kan dia dah tolak hati aku dulu?"
"Then, kau still ada perasaan pada dia lagi ke?"
"Kau rasa?"
"La, tanya kat aku pulak? mana lah aku tahu apa yang kau rasa. Itu kan perasaan kau."
Puteri diam sejenak, melepaskan keluhan panjang.
"Entahlah Shahni. Kau tahu tak, lepas kita habis Peperiksaan Akhir hari tu, Arsa tiba-tiba cakap sesuatu yang pelik kat aku. Dia cakap, dia suka aku."
"Hah?! Habis tu kau cakap apa kat dia?" tanya Shahni. Terpaut sedikit kerisauan di hatinya, tetapi cuba disembunyikan.
"Mula-mula aku pun tak tahu apa yang aku patut cakap pada dia. Lamalah juga aku terdiam. Then aku cakap pada dia yang setakat ni aku cuma nak aku dan dia stay as friends."
Shahni tersenyum sendiri. Lega hatinya mendengar apa yang dikatakan oleh Puteri. Dia sebenarnya sudah lama jatuh hati pada Puteri, cuma untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya, dia tidak berani. Dia takut kalau-kalau Puteri tidak mempercayai ketulusan hatinya lantaran pernah dikecewakan dahulu. Apa yang termampu dilakukan olehnya hingga kini hanyalah setia di sisi Puteri sebagai seorang sahabat.
"Hmm.. Apa rancangan kau lepas ni?" Shahni sengaja menukar topik kerana tidak mahu Puteri terus teringatkan kisah lamanya dahulu.
"Aku dapat tawaran untuk sambung belajar kat luar kerajaan ni!" balas Puteri sambil tersenyum. Cantik! Shahni lega kerana akhirnya wajah yang manis itu sihiasi dengan senyuman.
"Baguslah! Habis tu kau terima tak?"
"Ayahanda nak aku pergi. Nanti mesti aku rindu kat kau kan Shahni? Yela, kita dah tak dapat jumpa lagi macam ni. Lama pulak tu," kata Puteri selamba. Muka Shahni merah menahan malu. Segera dia berpaling daripada Puteri kerana tidak mahu Puteri tahu perasaan sebenarnya.
"Ala, nanti kalau kau dapat cuti, kau balik la ke sini. Kita boleh lepak-lepak macam selalu. Lagi pun, aku bukannya pergi kemana-mana sebab lepas ni aku fikir nak sambung belajar kat Akademi Memasak Mindwa. Kau tahu kan aku ni memang pencinta makanan sejati,"
"Hahaha.. Kau ni kelakar lah. Nanti kalau kau dah pandai masak, masak sesuatu untuk aku tau!"
"No problem. Untuk kau, sahabat aku yang teristimewa ni, aku akan masakkan hidangan special resipi rahsia ciptaan aku sendiri. Tapi kau kena janji la, kau jangan lupa kat aku tau,"
"Mestilah. Kau kan sahabat aku!"
No comments:
Post a Comment