About Me

My photo
Johor, Malaysia
I'm just a little bit nice

Friday, September 30, 2011

Vestor V

Buku teks sejarah di hadapannya direnung kosong. Setelah seharian menelaah subjek itu, terasa sel-sel otaknya sudah tidak dapat mencerna apa yang dibaca. Walau bagaimanapun, Puteri tahu dia perlu membacanya kerana Peperiksaan Akhir sudah hampir.Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan kejadian 3 tahun yang lalu. Kata-kata yang diungkapkan Arsa sememangnya merubah hidupnya.


"Sorry la aku x boleh nak balas rasa suka ko kat aku. Aku anggap ko macam kawan-kawan aku yang lain je."
Sejak itu, Puteri tutup hatinya daripada menyukai mana-mana lelaki. Dia tidak mahu terluka dan kecewa lagi. Tambahan pula, selepas kejadian itu, persahabatannya dan Arsa sudah tidak seperti dahulu. Tidak pernah bertegur sapa, saling menidakkan kewujudan masing-masing, hanya bercakap sesama sendiri bila ada keperluan. Itu semua sudah cukup membuatkannya serik untuk meluahkan perasaannya kepada sesiapa buat kali kedua. 


"Hah! Berangan eyh....."
Puteri tersentak. Apabila dia menoleh ke belakang, seraut wajah yang manis dihiasi senyuman memandangnya dengan ceria.

"Eh Liya! Kenapa tak bagi tau awal-awal nak datang? Terkejut aku tau,"

"Ala, saja nak bagi surprise kat kau. Kenapa? Kalau aku nak masuk Library ni pun kena mintak izin dari kau ke wahai tuan puteri? Hahahaha!"
"Eh, shhh! Jangan gelak kuat-kuat la, orang lain nak study! Issh kau ni, tak adalah sampai nak datang library pun kena mintak izin aku, cuma Tadi aku ajak kau datang sini study sama-sama kau cakap kau ada hal. Dah setle ke hal kau yang penting sangat tu?"
"Hehe.. dah.. Apa yang kau lamunkan tadi? Sampai aku datang pun kau tak perasan. Selalunya belum sempat aku nak sergah kau, kau sergah aku dulu,"

"Hmm.. tak ada apa-apa la. Aku cuma teringatkan diri aku yang tak berapa nak cerdik dulu."
"Hah? Tak faham..."
"Ala, tak ada apa-apa lah! Jom study. Kita cuma ada seminggu je ni sebelum exam,"

"Haish.. Kena study ke? Boleh tak kalau tak study? Malas la Puteri..."
"Amboi, habis tu kau nak fail ke exam nanti?"
"Ala, aku bukannya pandai macam kau. Study kuat mana pun bukan aku boleh dapat darjat cemerlang,"
"Ish budak ni, ke situ pulak dia. Rezeki masing-masing la. Aku tak suka la orang cakap macam tu kat aku. Jangan cakap macam tu lagi, kalau tak, aku tak nak jadi best friend kau lagi."
"Alalala merajuk pulak dia.. Ok, ok. jom study."

No comments:

Post a Comment