About Me

My photo
Johor, Malaysia
I'm just a little bit nice

Monday, April 25, 2011

Diary Puteri III

Diary!!!!!!

Hahaha...(terlebih excited plak arini...) Hahahaha... Tau tak, tengah hari tadi, Puteri perang pemadam ngan kapur bersama2 ngan Arsa!!! Hahahahaha Klassik gittu...Hmm... sronoknyer.... Apela Arsa tuh...cam budak2... (Puteri pun ape kurangnye kn?...Haha) Hmmmmmmm.......... Tetibe Puteri rasa cam sronok sangat, best sangat dapat berkawan ngan Arsa.. Dia tu buat Puteri macam nak jatuh hati kat dia je lah.. Jahat tul....  Huh...camner ni diary??? Ape Puteri nak buat kalau Puteri betul2 dah jatuh hati ngan Arsa??? Ow Boy.... What I'm suppose to do?? Aaarrghh......Penin2....soal hati dan perasaan ni memang memeningkan dan mengusutkan pale otak larh.... Huh..

Sunday, April 24, 2011

Vestor III

''Bosannya.....'' keluh Puteri.

Arsa dan Shahni sudah semakin jarang menemaninya bermain di waktu petang. Satu-satunya peneman Puteri sementara menunggu senja menjelma dan tabir malam berlabuh hanyalah Ku Mel. Setiap petang dia akan membawa Ku Mel keluar berjalan-jalan di perkarangan istana. Melalui aktiviti yang semakin menjadi rutinnya itu, Puteri amat berharap agar dia dapat terserempak dengan Arsa atau Shahni. Sekurang-kurangnya terubat jugalah kesunyiannya diwaktu petang begini.

Keesokkannya di sekolah, Puteri menegur Arsa setelah tamat waktu terakhir kelas mereka pada hari itu. Kebanyakkan pelajar sudah pun beransur pulang...

Sunday, April 17, 2011

Diary Puteri II

Hi again my dear diary..

huh..nasebbek3... pagi tadi Puteri hampir2 nak tunjuk muka toya Puteri kat Shahni ngan Arsa.. yela, mane tak nye, awal2 pagi2 bute diorang dah terpacak kat depan istana Puteri...hai...ape la diorang ni.. tau la Puteri ni slalu bangun lambat...sampai datang istana nak kejut plak.. Naseb bek dapat cover tadi...hahaha Lawak jek.. Nampaknye lepas ni kena la Puteri bangun awal sikit... Aduh... Malasnya!! Haha..truk la Puteri ni kan.....ok lah diary...da da...

Vestor II

''Meow...meoow...''
''Hmmph..nanti la kejap..''
''Meeoowww.....''
''Ala Ku Mel jangan la kacau Puteri.. Puteri nak tido la... Ku Mel pergi la mintak makan kat Mak Inang,''
''PUUTEERIIII!!!!!'' Suara Shahni jelas kedengaran dari luar istana Puteri. Mata Puteri yang tadinya cukup liat untuk dibuka kini cukup galak untuk melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 7.31 pagi.

Puteri terus bangun menyingkap selimutnya. 'Cepatnye Shahni sampai. Ala...baru pukul berape ni..ish..kacau je la orang nak tido...' Puteri bergegas ke jendela dan terus menyelaknya. Belum pun habis langsir biliknya diselak terdetik di hati Puteri..'Eh, takkan la aku nak biar Shahni tengok muka toya baru bangun tido aku nih? Eh tak boleh...tak boleh...' ''Sekejap!!'' Puteri tutup semula langsir biliknya dan terus bergegas ke kamar mandi untuk bersiram. Setelah siap mengenakan sehelai dress berwarna hijau muda, Puteri turun ke halaman istana.

Diary Puteri I

Hai dairy..
Hmm..naseb baik ayahanda tak datang main ngan Puteri hari ni.. Kenapa? Haha.. Puteri dah dapat berkenalan ngan 2 orang budak..sorang tu Arsa, n  sorang tu Shahni.. Puteri hepi sangat.. Yela, lepas ni dah tak payah main ngan Mak Inang ngan Dayang Dinda lagi sebab Puteri dah ade kawan baru...dan diorang mesti temankan Puteri main stiap petang sebab nye diorang takut Puteri report kat ayahanda yang diorang dah pecahkan pagar istana Puteri.. Hehe rase cam tak patut plak gunekan kuasa veto untuk kepentingan diri sendiri..tapi pe salahnye kn?  Lepas ni Puteri tak payah la kacau ayahanda lagi..boleh la ayahanda bagi lebih tumpuan nak uruskan kerajaan ni.. Ala..lagipun bukannye Puteri suruh diorang buat yang bukan2 pun..teman Puteri main je..Bolehla merapatkan silaturrahim antara ahli2 istana....hohoho x gitu cik diary? Hmm.. harap2 kitorang dapat berkawan sanpai bile2... n Puteri x sunyi lagi kat istana lepas ni.. Ok la,, Puteri dah ngantuk la nak tido... Da da diary...

Wednesday, April 13, 2011

Vestor I

'mana ayah ni?? dah pukul 4 pun tak datang lagi. tadi kata nak teman puteri main panah.. Ish..Geramnya!!' dengus hati Puteri Hatiku. Dia kecewa kerana ayahnya tidak menepati janji.
Sebelumnya di Dewan Santap....

''Ayah, petang nanti ayah teman Puteri main panah ye!''
''Petang nanti? ayah ada urusan la Puteri..nanti ayah suruh Mak Inang dan Dayang Dinda teman Puteri main panah ye?''
''Ala ayah....tak best la main panah dengan Mak Inang dan Dayang Dinda. bosan.. nanti Puteri sorang je yang panah. Mak Inang ngan Dayang Dinda tengok aje kat tepi...bosan la ayah...ayah datang istana Puteri ye petang ni!''
''Hmm...tengok lah nanti kalau ayah sempat..''
''Janji tau ayah!''
''BANG!!''
Puteri tersentak. 'bunyi ape tu??' Puteri turun dari beranda istana dan terus meninjau sekeliling. Puas dia mencari tapi tetap tak jumpa apa yang menyebabkan bunyi kuat itu tadi. Tiba-tiba dia terdengar suara orang bercakap..

Characters.....

Puteri Hatiku

Seorang yang sangat peramah dan suka berkawan dengan semua orang tanpa mengira darjat dan kedudukan. Baginda juga sukakan sesuatu yang mencabar dan sering tidak senang duduk di istana kerana lebih gemarkan aktiviti luar. Baginda suka memendam perasaan dan jarang meluahkan apa yang dirasakan kepada orang lain. Namun begitu, apabila berhadapan dengan kecelaruan fikiran baginda akan bercerita kepada Ku Mel, kucing kesayangan peliharaan baginda.

Ku Mel

Kucing peliharaan Puteri Hatiku yang comel dan lincah. Teman setia Puteri ke mana sahaja. Selain menjadi tempat Puteri meluahkan rasa, Ku Mel sering menjadi Laksamana Penghantar Mesej Tuan Puteri Hatiku dimana Ku Mel akan membawa pesanan yang diamanahkan oleh Puteri untuk disampaikan kepada orang-orang tertentu. Sebagai kucing diraja, Ku Mel sememangnya terlatih untuk berhadapan dengan sebarang ancaman dan ini membuatkan sesiapa yang berniat jahat terhadap Kerajaan Mindwa tidak pernah berjaya menangkap Ku Mel.

Arsa

Seorang yang tampan dan mempunyai susuk tubuh yang menawan serta menjadi idaman ramai gadis-gadis dari dalam dan luar Kerajaan Mindwa. Beliau merupakan anak kepada Panglima Perang Kerajaan Mindwa dan tinggal menetap berdekatan dengan perkarangan istana. Beliau seorang yang sukar untuk sirius dalam apa yang beliau lakukan atau perkatakan.

Shahni

Seorang yang baik hati dan mudah memahami perasaan orang lain. Beliau membuatkan orang yang berada di sekeliling beliau berasa selasa dan senang hati. Juga seorang yang sangat menghotmati orang lain. Beliau merupakan anak kepada Ketua Dapur Istana dan tinggal menetap di perkarangan istana.

Kerajaan Mindwa...

Kerajaan Mindwa adalah sebuah kerajaan yang maju dan membangun. Terletak di Kepulauan Siran,
kerajaan ini sungguh kaya dengan hasil buminya dan rakyatnya pula hidup dalam aman dan bahagia...
Diteraju oleh seorang pemerintah yang tiada tolok bandingan bijaknya, Sultan Hafi Maula' ibni almarhum Sultan Tas Shah. Pemaisurinya pula, Sultanah Asfala sangatlah cantik rupa parasnya dan terlalulah awet mudanya hingga tak terbanding dengan umurnya.
Baginda berdua suami isteri dikurniakan seorang puteri yang rupawan dan lincah iaitu Puteri Hatiku. Baginda puteri sangat disayangi oleh ayahanda dan bonda baginda.