Puteri Hatiku
Seorang yang sangat peramah dan suka berkawan dengan semua orang tanpa mengira darjat dan kedudukan. Baginda juga sukakan sesuatu yang mencabar dan sering tidak senang duduk di istana kerana lebih gemarkan aktiviti luar. Baginda suka memendam perasaan dan jarang meluahkan apa yang dirasakan kepada orang lain. Namun begitu, apabila berhadapan dengan kecelaruan fikiran baginda akan bercerita kepada Ku Mel, kucing kesayangan peliharaan baginda.
Ku Mel
Kucing peliharaan Puteri Hatiku yang comel dan lincah. Teman setia Puteri ke mana sahaja. Selain menjadi tempat Puteri meluahkan rasa, Ku Mel sering menjadi Laksamana Penghantar Mesej Tuan Puteri Hatiku dimana Ku Mel akan membawa pesanan yang diamanahkan oleh Puteri untuk disampaikan kepada orang-orang tertentu. Sebagai kucing diraja, Ku Mel sememangnya terlatih untuk berhadapan dengan sebarang ancaman dan ini membuatkan sesiapa yang berniat jahat terhadap Kerajaan Mindwa tidak pernah berjaya menangkap Ku Mel.
Arsa
Seorang yang tampan dan mempunyai susuk tubuh yang menawan serta menjadi idaman ramai gadis-gadis dari dalam dan luar Kerajaan Mindwa. Beliau merupakan anak kepada Panglima Perang Kerajaan Mindwa dan tinggal menetap berdekatan dengan perkarangan istana. Beliau seorang yang sukar untuk sirius dalam apa yang beliau lakukan atau perkatakan.
Shahni
Seorang yang baik hati dan mudah memahami perasaan orang lain. Beliau membuatkan orang yang berada di sekeliling beliau berasa selasa dan senang hati. Juga seorang yang sangat menghotmati orang lain. Beliau merupakan anak kepada Ketua Dapur Istana dan tinggal menetap di perkarangan istana.
No comments:
Post a Comment