''Bosannya.....'' keluh Puteri.
Arsa dan Shahni sudah semakin jarang menemaninya bermain di waktu petang. Satu-satunya peneman Puteri sementara menunggu senja menjelma dan tabir malam berlabuh hanyalah Ku Mel. Setiap petang dia akan membawa Ku Mel keluar berjalan-jalan di perkarangan istana. Melalui aktiviti yang semakin menjadi rutinnya itu, Puteri amat berharap agar dia dapat terserempak dengan Arsa atau Shahni. Sekurang-kurangnya terubat jugalah kesunyiannya diwaktu petang begini.
Keesokkannya di sekolah, Puteri menegur Arsa setelah tamat waktu terakhir kelas mereka pada hari itu. Kebanyakkan pelajar sudah pun beransur pulang...
''Hei Arsa! Wat pe uh?''
''Ngah study la.. Pe lagi..''
''Ceh...rajin betul... Bagus, bagus... Orang lain dah nak balik pun ko masih study lagi eyh..haha Eh, kenapa ko ngan Shahni dah jarang datang main ngan aku petang-petang skarang ha?''
''Kitorang study overtime la... Kan kita ade exam penting end of this year. Yang ko tu tak study ke? Main je ko tau.. Tau la dah pandai.. Tak study pun bleh jawab gak.''
''Eh..Kesitu pulak dia.. mane de... Aku jenis yang study last minute la.. Study gak, bukannya petik jari je dah bleh jawab..''
Keadaan senyap seketika. Bunyi kipas yang ligat berputar menyamankan suasana tengah hari yang panas itu sambil mengisi kesyunyian ruang yang tercipta antara mereka berdua. Melihat ketekunan Arsa, Puteri sedikit kagum. Kalau hendak dibandingkan dengan dirinya, kerja rumah pun begitu malas rasanya hendak disiapkan. Inikan pula hendak membuat latihan tambahan.
''Hmm.. Bosan la bila petang-petang dah tak dapat main ngan ko, ngan Shahni..''
''Ooo.. Bosan ye.. Sekejap,''
''Huh?''
''Nah, amik kau!''
Serentak dengan itu, Arsa mematahkan secebis pemadamnya dan membalingnya ke arah Puteri.
''Hei! Apa baling-baling pemadam ni??''
''Yes! Kena! hahaha"
''Tak guna... Siap ko nanti..''
Puteri segera mengutip semula cebisan pemadam yang dibaling oleh Arsa. Melihatkan Puteri hendak membalas balingannya, Arsa segera meninggalkan tempat duduknya dan berlari ke hadapan kelas. Sememangnya ketika itu hanya mereka berdua sahaja yang masih berada di dalam Kelas Euforia.
Dalam posisi Arsa yang berada di hadapan kelas dan Puteri yang berada di belakang kelas, meraka terus berbalas-balas serangan. Adakalanya mereka melompat ke kanan dan ke kiri untuk mengelak serangan masing-masing. Habis pemadam, kapur tulis pula menjadi mangsa mereka. Kelas Euforia kini ibarat medan pertempuran mereka berdua dengan meja-meja di kelas menjadi kubu pertahanan mereka. Hari itu, gelak tawa mereka memecahkan kesunyian di Sekolah Diraja Mindwa.
bankrap sekolah..asyik kerja membeli kapur ajer..puteri2..baling lah guna batu ke plasti aiskrim ke..
ReplyDelete