About Me

My photo
Johor, Malaysia
I'm just a little bit nice

Sunday, April 17, 2011

Vestor II

''Meow...meoow...''
''Hmmph..nanti la kejap..''
''Meeoowww.....''
''Ala Ku Mel jangan la kacau Puteri.. Puteri nak tido la... Ku Mel pergi la mintak makan kat Mak Inang,''
''PUUTEERIIII!!!!!'' Suara Shahni jelas kedengaran dari luar istana Puteri. Mata Puteri yang tadinya cukup liat untuk dibuka kini cukup galak untuk melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 7.31 pagi.

Puteri terus bangun menyingkap selimutnya. 'Cepatnye Shahni sampai. Ala...baru pukul berape ni..ish..kacau je la orang nak tido...' Puteri bergegas ke jendela dan terus menyelaknya. Belum pun habis langsir biliknya diselak terdetik di hati Puteri..'Eh, takkan la aku nak biar Shahni tengok muka toya baru bangun tido aku nih? Eh tak boleh...tak boleh...' ''Sekejap!!'' Puteri tutup semula langsir biliknya dan terus bergegas ke kamar mandi untuk bersiram. Setelah siap mengenakan sehelai dress berwarna hijau muda, Puteri turun ke halaman istana.


''Eh, Arsa pun ade skali? Kenapa awal sangat kamu berdua datang? Tau tak baru pukul berape ni?''
''Lama betul la nak tunggu ko. Sampai dah tak boleh nak lilek dah aku kat sini...naseb bek ade si Shahni ni boleh la temankan aku,''
''Ntah. perempuan kalau dah bersiap memang lame. Sampai berkeroncong perut aku dibuatnye,''
''Eh..ape pulak? Salah kamu berdua la sape suruh datang awal sangat.''
''Kami datang awal sebab nak kejut Tuan Puteri la.. Nanti kalau tak kejut, kita bertiga lambat lagi pegi sekolah..''
''Amboi...sedap nye mulut.. Aku dah lame la bangun,''
''Abis tu kenape lambat?''
''Hehe..Ku Mel mintak makan tadi. Leka tengok dia makan, comel! Hehe''
''Yeke?''
''Yelah! Eh dah la jom la kita pegi. Tadi nak sangat pegi awal..''

Mereka pun berjalan menuju ke Sekolah Diraja Mindwa. Begitulah keadaannya mereka bertiga setiap pagi. Puteri memang memilih untuk berjalan kaki ke sekolah bersama-sama Arsa dan Shahni. Jarak dari istana Puteri ke sekolah pun tidak jauh, hanya sepelaung cuma. Walaupun sudah berkali-kali Sultan Hafi menyuruh Puteri pergi ke sekolah dengan menggunakan kenderan diraja kerana bimbang akan keselamatan Puteri kesayangan baginda namun Puteri tetap menolak kerana baginya berjalan kaki ke sekolah bersama-sama Arsa dan Shahni lebih seronok berbanding menaiki kereta Polo edisi terhad ayahandanya.

Kehidupan mereka setiap hari begitu ceria dan diwarnai dengan warna-warna keindahan. Sejak perkenalan mereka enam tahun lalu, bibir Puteri tidak pernah lekang dengan senyuman. Ketika ini, mereka masih belum mengenal erti cinta dan tidak sesekali terlintas di benak fikiran mereka jikalau cinta itu boleh menjadi racun persahabatan mereka yang telah lama terjalin..

No comments:

Post a Comment